Masjid Nabawi

Masjid Nabawi
يا سيدي يا رسول الله يا سيدي يا رسولَ الله - يا من له الجَاهُ عند الله إنّ الْمُسِيْئِيْنَ قدْ جَاءُوك - بالذّنْبِ يَسْتَغْفِرُونَ الله يا سيّد الرُّسْل هَادِيْنـا - هَيـّا بِغَارة إِلَيْنا الآن يا هِِمَّة السّادات الأقْطاَب- مَعَادِن الصِّدْقِ والسِّرّ نَادِ المُهَاجِرصَفِيّ الله -ذاك ابْنُ عيسى أبَا السَّادات ثُمّ المُقَدّم ولِيّ الله - غَوْث الوَرَى قُدْوَة القَادات ثمّ الوَجِيْـه لِديْنِ الله - سَقّافَنا خَارِق الْعَادَات والسّيّد الكامِل الأَوّاب - العَيْدرُوس مَظْهَر القُطْر قُومُوا بِنا واكْشِفُوا عَنّا - يا سَاداتِي هذِه الأَسْوَ وَاحْمواُ مَدِيْنَتْكُم الغَنَّا - مِنْ جُمْلةِ الشَّرّ والْبَلْوَى

Kamis, 24 Juni 2010

Pencarian untuk Solehah


Kupasan yang betul-betul menusuk jiwa semua hadirin dan hadirat, siswa siswi dalam program siapa soleh dapat solehah 2 yang dianjurkan oleh mahasiswa FEM tahun 4 semperna iCEPS 2010. Memang benar sekali, siapa yang soleh itu, Allah telah tetapkan untuknya mendapat seorang yang solehah dan begitulah sebaliknya.

Beberapa ciri-ciri yang penting telah digariskan dengan jelas oleh ahli panel yang didatangi khas dari FSU, FPQS dan FKP. Suasana dewan yang sejuk dan bilangan kaum adam yang teramat sedikit menunjukkan bahawa pencarian soleh untuk solehah tidaklah sesukar solehah mencari si soleh itu.

Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w. ia bersabda: ” Kepadaku diberikan tiga idaman oleh Allah di dunia: Isteri Solehah, berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang” (Riwayat Ahmad dan An Nasai)

Hanya Soleh Mengenal Solehah. Jangan Harap Mengenal Manikam Jika Kita Bukan Jauharinya.

Terlalu banyak kriteria solehah yag menjadi penanda aras. Secara asasnya, ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti solat, taat ibubapa, berakhlak, tutp aurat, pandai mengaji, rajin berpuasa sunat dan lain-lain. Jika demikain, mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat semacam itu. Jika melihat kepada senario di USIM sendiri, masih ramai solehah yang boleh dijadikan panduan sebagai pilihan utama teman hidup seseorang soleh itu. Disinilah permata-permata asli yang masih lagi menyinarkan cahayanya disebalik kegelapan yang semakin menyelubungi disekeliling kita.

” Perempuan -perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik. Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik.” (An-Nur :26)

Kesimpulanya, saya petik dari buku tentang cinta hasil penulisan Pahrol Mohd Juoi yang merumuskan bahawa:

Jika calon yang dicari adalah yang “terbaik” maka selepas berkahwin apa yang kelihatan hanyalah kekurangan (Kita dah pilih yang terbaik maka kita ‘expert’ semua daripadanya adalh yang terbaik). Tetapi jika kita memilih yang baik (berpotensi menjadi terbaik) maka kita akan bersifat realistik. Kekurangannya kita raikan. Lantas jadilah kita dan dia saling melengkapi antara satu sama lain dan disitulah terbentuknya pasangan terbaik.

Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dengan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih kepada sikap berhati-hati. Jangan terlalu cepat, hingga tersadung. Jangan pula terlalu perlahan hinda terlambat.







Rasulullah Saw. Bersabda :

”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” (HR. an-Nasa’I dan AhmadRata Penuh)

Di dalam Islam, peranan seorang isteri memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan rumahtangga dan peranannya yang sangat diperlukan ialah keperluan untuk memilih kualiti yang baik sehingga boleh menjadi seorang isteri yang baik. Pemahamannya, perkataaannya dan kecenderungannya, semua dihalakan untuk mencapai keredhaan Allah Swt., Tuhan semesta Alam. Ketika seseorang isteri membahagiakan suaminya yang pada akhirnya, hal tersebut adalah untuk mendapatkan keredhaan dari Allah Swt. sehingga dia (seorang isteri) berkeinginan untuk melakukannya.

Kualiti seseorang isteri hendaklah memenuhi sebagaimana yang disukai oleh penciptaNya yang tersurat dalam surat Al-Ahzab. Seorang Wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya semasa ketiadaan suami di rumah, mempertahankan nilai-nilai (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa berada dalam pujian Allah Swt.

Ketika seseorang Wanita Muslimah berkahwin (menjadi seorang isteri) maka dia wajib mengetahui bahawa dia memiliki peranan yang khusus dan pertanggungjawapan dalam Islam kepada penciptaNya, Allah Swt. menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran:

”Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian yang lain. (kerana) bagi lelaki ada baghaian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari karuniaanNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.” (QS. An Nisaa’ , 4:32)

Kita dapat melihat dari ayat ini bahawa Allah Swt. membuat perbezaan yang jelas diantara peranan lelaki dan wanita dan tidak dibolehkan bagi lelaki atau wanita untuk mempersoalkan ketentuan peranan yang telah Allah berikan sebagaimana firman Allah:

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (QS. Al Ahzab, 33:36)

Kerananya, seseorang isteri akan membenarkan Rasulullah dan akan membantu suaminya untuk menyesuaikan dengan prinsip-prinsip syariah (hukum Islam) dan memastikan suaminya untuk kembali melaksanakan kewajipan-kewajipannya, begitu juga dengan kedudukan suami, dia juga mesti memenuhi kewajiban terhadap isterinya.

Diantara hak-hak lainnya, seorang isteri memiliki hak untuk Nafqah (diberi nafkah) yang berupa makanan, pakaian dan tempat untuk berlindung yang didapatkan dari suaminya. Dia (suami) berkewajiban membelanjakan hartanya untuk ke arah tersebut walaupun isteri memiliki harta sendiri untuk memenuhi keperluan tersebut. Rasulullah Saw. Bersabda :

”Isterimu memiliki hak atas kamu bahawa kamu mencukupi mereka dengan makanan, pakaian dan tempat berlindung dengan cara yang baik.” (HR. Muslim)

Ini adalah penting untuk dinyatakan bahawa ketika seorang isteri menunaikan berkewajiban terhadap suaminya, dia (isteri) telah melakukan kepatuhan terhadap penciptaNya, kerananya dia (istri yang telah menunaikan kewajibannya) mendapatkan pahala dari TuhanNya. Rasulullah Saw. mencintai isteri-isterinya kerana kesolehan mereka.

Aisyah Ra. suatu kali telah meriwayatkan tentang nilai kebaikan Zainab Ra., isteri ketujuh dari Rasulullah Saw.,
”Zainab adalah seorang yang kedudukannya hampir sama kedudukannya denganku dalam pandangan Rasulullah, dan aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih terdepan kesolehannya daripada Zainab Ra., lebih dalam kebaikannya, lebih dalam kebenarannya, lebih dalam pertalian darahnya, lebih dalam kedermawanannya dan pengorbanannya dalam hidup serta mempunyai hati yang lebih lembut, itulah yang menyebabkan ia lebih dekat kepada Allah”.

Seperti kebesaran Wanita-wanita Muslimah yang telah dicontohkan kepada kita, patut sekiranya bagi kita untuk mencontohinya dengan cara mempelajari kesuciannya, kekuatan dari peribadinya, kebaikan imannya dan kebijaksanaan mereka. Usaha untuk mencontohi Ummul Mukminin yang telah dijanjikan syurga (oleh Allah SWT ) dapat menunjuki kita kepada kurniaan syurga.

Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw. bersabda :

“Ketika seseorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya, maka dia akan masuk syurga dengan beberapa pintu yang dia inginkan.” (HR. Al Bukhari, Al Muwatta’ dan Musnad Imam Ahmad)

Wahai Muslimah yang ikhlas, perhatikan bagaimana Nabi Saw. menjadikan sikap taat kepada suami sebagai dari sebahagian amal perbuatan yang dapat mewajibkan mereka masuk syurga, seperti solat, puasa; kerana itu bersungguh-sungguhlah dalam mematuhinya dan jauhilah sikap derhaka kepadanya, kerana di dalam kederhakaan kepada suami mengundang kemurkaan Allah Swt.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar